Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 17 November 2013

BN cadang ‘kapcai’ haram di lebuhraya, kenakan tol ibarat kaduk naik junjung

Cadangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk ‘mengharamkan’ atau mengenakan tol kepada penunggang motosikal yang mempunyai kapasiti enjin (CC) rendah melalui lebuhraya amat tidak wajar dan tidak masuk akal. Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim berkata, cadangan kerajaan itu sudah tentu mengejutkan memandangkan motosikal adalah pengangkutan utama bagi kebanyakan masyarakat yang berpendapatan rendah. “Jika ia dilaksanakan, sudah tentu membebankan kumpulan berkenaan kerana terpaksa menanggung beban yang lebih besar menggunakan pengangkutan lain,” katanya.


 Teresa dalam kenyataan medianya berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kerja Raya, Datuk Fadilah Yusof ketika menjawab soalan Parlimen Ahli Parlimen BN Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin mengenai lorong khas motosikal di lebuhraya untuk mengelak motosikal menggunakan laluan kereta dan kenderaan lain. “Nampaknya kerajaan BN telah meminggirkan sendiri slogan ‘Rakyat Didahulukan’ selepas pilihan raya umum lalu. “Jika mereka benar-benar berpegang pada slogan itu, tidak akan keluar cadangan merepek seperti itu. Mereka juga tidak akan laksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), begitu juga cadangan DBKL menaikkan cukai taksiran harta secara mendadak di Kuala Lumpur bermula 1 Januari 2014,” ujar beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.-Roketkini.com

Tiada ulasan: