Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 17 November 2013

Hina Islam: Negara OIC Perlu Bertindak Tegas

KUALA LUMPUR: Negara Anggota OIC digesa memanggil duta Myanmar ekoran penghinaan dan serangan terhadap Islam yang dilancarkan oleh sami-sami Buddha esktrimis atas alasan membantah lawatan menteri-menteri luar OIC baru-baru ini. Pengerusi Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata penghinaan dengan menyamakan Islam sebagai ideologi binatang bukan sahaja menghina akan tetapi membawa mesej mengistiharkan perang ke atas Islam dan kaum Muslimin. "Kami melihat kebencian terhadap Muslim dan Islam ini sengaja direncanakan oleh pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri. 

 "Kami sangat kesal dengan sikap dan tindakan para sami ekstrimis yang membawa kain sepanduk yang menghina Islam dan mengaitkan Islam sebagai agama haiwan," katanya dalam satu kenyataan bersama Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura). Menurutnya, maklumat diperolehi mendapati pihak berkuasa kerajaan Myanmar sendiri yang memberi arahan dan mengeluarkan kebenaran supaya sami-sami tersebut berdemonstrasi membantah lawatan delegasi OIC. Malah ujarnya ada seorang Menteri yang turut bersama dalam salah sebuah demonstrasi di satu bandar di Myanmar. "Kami menuntut supaya kerajaan Myanmar menghentikan tindakan liar dan tidak bertamadun ini dan mengingatkan jangan cuba mencabar kesabaran umat Islam seluruh dunia .

 "Kami juga mengingatkan kepada Myanmar bahawa negara umat Islam seperti Malaysia telah berjaya mengujudkan suasana harmoni antara orang Islam dan penganut agama yang lain termasuk penganut Buddha . "Semua agama adalah dilindungi secara undang-undang dan semua agama di Malaysia hidup dengan aman," katanya lagi. Beliau turut mempersoal kenapa Myanmar dan para sami berkelakuan sedemikian dan terus menyebarkan kempen membenci penganut agama lain di zaman seperti ini. "Ancaman apa yang ditakuti oleh kerajaan Myanmar dari lawatan OIC? Kecuali jika kerajaan Myanmar sendiri mengamalkan polisi mendokong keganasan penganut Buddha oleh estrimis Buddha seperti yang ditunjukkan ke atas kaum Muslimin," katanya.

 Sehubungan itu beliau mengesa semua negara Asean dan OIC mengutuk tindakan ganas ini dan menekan kerajaan Myanmar supaya tidak tunduk kepada estrimis Budhha yang menyebarkan kebencian terhadap agama lain dan bersikap rasis terhadap kaum lain. Beliau juga menuntut supaya semua kedutaan Myanmar di negara-negara anggota OIC yang ada hubungan diplomatik dengan Myanmar dipanggil untuk menyatakan kutukan dan menegaskan pendirian masing-masing. "Semua negara Islam perlu mengerakkan tindakan bersama untuk menekan Myanmar . Jika ini tidak berkesan memutuskan hubungan diplomatik adalah pilihan yang perlu dipertimbangkan," katanya.

Tiada ulasan: