Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 22 November 2013

KARNIVAL PAS FOR ALL @ SHAH ALAM, SELANGOR

SHAH ALAM: Bersempena Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke-59 yang sedang berlangsung hari ini, PAS menganjurkan Karnival PAS For All bermula hari ini hingga 24 November ini. Karnival yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati menghidangkan pelbagai acara menarik untuk orang ramai bermula jam 8.00 pagi hingga 12 tengah malam. 


 Berikut adalah aturcara Karnival PAS For All 22 November 2013 (Jumaat) 

 12.00 tengah hari: Tanyalah Ustazah bersama Ustazah Nuridah Salleh dan Aisyah (artis) dengan tajuk Bidadari Syurga.

 2.30 petang: Parenting forum With Teh Izanuri (personaliti TV) dan Zaid Mohamad (Pakar Keibubapaan) dengan tajuk Oh! Anakku Generasi Gajet. 

 5.00 petang: Usrah Musika bersama Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Jofree (Personaliti TV) dan artis Musika Bob Lokman, Muaz dan lain-lain. 

 7.00 malam: Munajat Perdana dan kuliah Maghrib bersama Ustaz Khairuddin At-Takiri dan penampilan khas iaitu Ustaz Azam. 

 9.00 malam: Sembang Dapur bersama seorang ustaz dan Chef Sabri Hassan dengan tema 'Membina Ummah daripada dapur'. Pihak penganjur menyediakan cabutan bertuah hanya dengan menyertai program karnival.

 23 November (Sabtu) 

 8.00 pagi: Pertandingan Basketball street,Pertandingan memanah dan pertandingan Shoot Hole.

 9.00 pagi: Kids Got Talent dengan juri jemputan iaitu Harun Salim Bachik (Maharaja Lawak) dan Pn Nurul Iman. 

 9.00 pagi: Pertandingan Mewarna kanak-kanak.

 2.00 petang: Pertandingan dekorasi kek

 5.00 petang: Walk The Talk; Sumpahan 20 sen. Ahli Panel MP Pandan Rafizi Ramli dan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi.

 7.00 malam: Majlis Tahnik bersama ulama. 

 24 November (Ahad) 

 8.00 pagi: Fun Ride bersama Acc Selangor, Pertandingan Pocket Bike, Pertandingan Street Soccer dan Pertandingan Paint Ball (Shooting Target).

 8.00 malam: Ceramah Perdana Pimpinan PAS tertinggi kepimpinan PAS Pusat.

Tiada ulasan: