Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 24 November 2013

KENCING TIKUS : MELAKA KEEMPAT TERTINGGI ?

BANDARAYA MELAKA - Melaka mencatat 92 kes penyakit eptospirosis atau kencing tikus, termasuk tiga daripadanya maut. Bilangan itu menjadikan negeri berada di kedudukan keempat tertinggi di negara ini berdasarkan kajian Bahagian Kesihatan Persekitaran Kerajaan Tempatan, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia. Atas dasar itu, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Daerah Melaka Tengah dan penduduk Taman Melaka Baru, di sini bertindak menjalankan kempen kawalan tikus serta gotong-royong perdana di kawasan ini. 


Ketua Whip MPHTJ, Jaafar Nekmat berkata, pihaknya memilih taman perumahan ini berikutan seorang penduduknya dijangkiti kencing tikus awal bulan ini dan sedang mendapatkan rawatan di hospital. “Sudah tiba masanya penduduk berhati-hati mengenai bahaya tikus dengan mengawal pembiakannya menerusi penjagaan kebersihan sekitar. “Adakala tanpa disedari, kita sendiri menggalakkan pembiakan haiwan perosak ini kerana kurangnya kesedaran dan sentiasa mengambil ringan akan kewujudannya di rumah," katanya. Dalam perkembangan sama, risalah dan poster mengenai kencing tikus turut diedar kepada penduduk setempat.

Tiada ulasan: