Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 24 November 2013

USRAH AGENDA UTAMA LAKSANA DAKWAH

SHAH ALAM: Pengarah Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata lajnah itu memberikan keutamaan kepada wehdatul fiqh, wehdatul amal dan wehdatul qulub kerana tidak semestinya wehdatul fiqh melahirkan wehdatul amal. Justeru, beliau mengingatkan lajnah tarbiyah seluruh kawasan perlu memberi tumpuan kepada program ijtimak dalam tempoh dua tahun tetapi masuk tahun keempat mesti ditumpukan gerak kerja pilihan raya. Katanya, kawasan yang aktif terutama dari segi program tarbiyah khususnya dalam usrah agar masalah dalaman menjadi kurang kerana mereka dapat bertemu dan memberi maklumat dengan tepat dan tidak bertelingkah sesama sendiri.


 "Zaman hari ini zaman media baru, orang lebih percaya dengan maklumat dari media baru dan tidak sukar untuk menerima penjelasan," katanya ketika berucap pada sesi penggulungan ucapan dasar Presiden. Beliau berharap Muslimat, Pemuda di setiap kawasan, negeri dan pusat mesti sering mengadakan pertemuan atas nama usrah dan liqa fikri barulah merasakan kesatuan fikrah itu wujud. Mengulas pertanyaan daripada perwakilan Muslimat berkenaan Ilham katanya, Ilham bertujuan memberi pendidikan formal kepada mereka yang sebelum ini tidak mendapat pendidikan formal dalam pendidikan Islam. Tambah beliau, program Ilham yang baik dari Perak ada tiga cawangan iaitu Ipoh, Parit Buntar dan Taiping manakala Sarawak di Bintulu dan Kuching. 

 Beliau mengingatkan seluruh ahli dan pimpinan supaya jangan melupakan hubungan dengan Allah seperti amalan membaca al-Quran; puasa, solat kerana program itu memastikan perjalanan gerak kerja yang dapat dinilai oleh Allah. Dalam pada itu beliau menjelaskan tentang laporan liqa fiqri yang tidak dimaklumkan di Harakah dan Harakahdaily kerana masalah teknikal.

Tiada ulasan: