Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 24 November 2013

MB SELANGOR PERTIMBANG BERI BONUS ISNIN INI

BANDAR TUN RAZAK 23 NOV: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertimbang untuk mengumumkan bayaran bonus kepada kakitangannya, 25 November ini. Beliau berkata, pengumuman yang dinanti-nanti kakitangan kerajaan negeri itu akan dibuat selepas mendapat kelulusan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan menyambung persidangannya minggu depan. khalid“Tunggu pengumuman hari Isnin nanti, saya akan beritahu,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Memorandum Bantahan Kenaikan Cukai Taksiran Penduduk Bandar Tun Razak di tapak pasar pagi Jalan Jujur, di sini, hari ini. Ketika diminta mengulas lanjut, Abdul Khalid tidak menafikan sama ada pemberian bonus itu turut membabitkan guru sekolah agama di Selangor.


 Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 Negeri Selangor dalam DNS mencadangkan supaya kerajaan negeri memberi bonus kepada kakitangannya sebelum bermula musim persekolahan 2014. Sue Lim, berkata pemberian bonus itu mampu meringankan bebanan yang ditanggung ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak mereka selain menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri. Kali terakhir kerajaan negeri membuat bayaran bonus kepada kakitangannya adalah sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan bayaran sebulan gaji berbanding kakitangan kerajaan pusat yang hanya menerima bantuan raya sebanyak RM500.

Tiada ulasan: