Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 14 November 2013

Melaka catat keputusan UPSR kedua tertinggi

AYER KEROH: Melaka mencatatkan keputusan pencapaian Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kedua tertinggi di Malaysia apabila merekodkan Gred Purata Negeri (GPN), 2.13. Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron yang mengumumkan keputusan berkenaan di sini sebentar tadi berkata, seramai 1,443 calon mencatatkan pencapaian cemerlang semua A daripada 13,917 yang menduduki peperiksaan itu tahun ini. "Pencapaian itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7 peratus iaitu daripada 9.7 peratus pada 2012 kepada 10.4 peratus pada tahun ini. "Sementara itu GPN negeri juga meningkat dari 2.17 pada tahun lalu kepada 2.13 bagi keputusan tahun ini. Secara keseluruhannya, keputusan tahun ini adalah yang terbaik dalam tempoh sembilan tahun," katanya ketika mengumumkan perkara itu di Auditorium Yayasan Melaka di sini./Bharian 

Tiada ulasan: