Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 14 November 2013

Penyebab Minyak Naik

ALOR SETAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya membongkar aktiviti penyelewengan minyak diesel dan petrol yang dianggarkan mencecah RM1.5 juta dalam Operasi Diesel dan Petrol 1 North (OD1N). Operasi selama dua hari bermula kelmarin itu melibatkan negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Dalam operasi tersebut, wang tunai RM850,000 turut dirampas dan 30 akaun kepunyaan sindiket berjumlah RM17 juta dibekukan.

 Ini kerana mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Cukai Pendapatan, Akta Kastam, Akta Perkhidmatan Perniagaan Wang 2011 serta Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001. Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, sebanyak enam kes berjaya dibongkar iaitu empat di Kedah dan masing-masing satu di Perlis dan Pulau Pinang. "Di Kedah, operasi dilakukan di Bukit Kayu Hitam dan Alor Setar manakala Perlis di Padang Besar dan Seberang Perai di Pulau Pinang. "Operasi dilakukan serentak di kawasan perindustrian dan berhampiran pintu sempadan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam/ Kosmo

Tiada ulasan: