
Pegawai keselamatan berkata, anggotanya menahan sebilangan pelajar terbabit kerana didakwa memecahkan tingkap dan melemparkan kerusi serta melakar pelbagai grafiti di bangunan pentadbiran universiti. “Kami menahan semua pelajar yang didapati mengundang bahaya. Kami sarankan kepada orang ramai yang terlihat mana-mana pelajar berbuat demikian, sila maklumkan kepada anggota keselamatan,” katanya dipetik Press TV. Kekecohan itu juga dipercayai tercetus selepas pihak berkuasa mengumumkan penahanan pemimpin Ikhwanul Muslimin Essam El- Erian kelmarin termasuk tindakan pihak keselamatan yang masih enggan mendedahkan lokasi penahanan Mursi kepada media mahupun ahli keluarganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan