Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 19 November 2013

Nyawa pelancong ‘melayang’, tapi Speaker tolak usul isu keselamatan Sabah

KUALA LUMPUR 19 NOVEMBER: Pakatan Rakyat mengecam penolakan kerajaan supaya isu keselamatan melibatkan kes penculikan dan pembunuhan pelancong di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah dibincangkan secara bersama. Usul tersebut ditolak Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini dengan alasan ia masih dalam siasatan polis dan tidak perlu disegerakan. Kesal dengan jawapan itu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong membidas sikap tidak acuh kerajaan menangani isu berkenaan.


 “Saya begitu kecewa kerana isu ini disifatkan tidak penting. Sedangkan tahap keselamatan di Sabah semakin menurun kerana terlalu banyak pendatang yang membimbangkan rakyat tempatan. “Tahap keselamatan juga masih lemah walaupun berbilion wang dibelanjakan sejak 20 tahun dulu,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen. Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan, Wong Tien Fatt menegaskan, rakyat Sabah menuntut jaminan kerajaan berhubung keselamatan mereka yang kian terancam hingga nyawa pelancong terkorban. “Pelbagai pihak antarabangsa mempertikai isu keselamatan kita termasuk keselamatan pelancongan, bahkan pelancong yang diculik juga masih tiada khabar berita. 

“Kami mahu dasar jaminan keselamatan dan kerajaan perlu memandang serius isu ini terutama berkenaan pemberian kad pengenalan,” katanya. Sebelum itu, kata Jimmy, sepatutnya isu itu dibincangkan untuk penyelesaian di Dewan Rakyat kerana semua Ahli Parlimen maklum mengenainya./Keadilandaily

Tiada ulasan: