PETALING JAYA: Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Afnan Hamimi Taib berharap agar Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengucap dua kalimah syahadah satu hari nanti.
Afnan melahirkan hasratnya itu bersesuaian dengan konsep Tahaluf Siyasi antara PAS dan DAP yang disifatkan medan terbaik untuk berdakwah.
"Impian saya satu hari nanti Lim Guan Eng akan mengucap dua kalimah syahadah," katanya ketika menggulung pembentangan laporan tahunan dan kewangan di Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS ke 54 di Dewan Sivik MBPJ disini hari ini.
Beliau menjawab perkara yang dibangkitkan oleh perwakilan Pemuda PAS Tebrau yang kecewa dengan layanan Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap penyokong bukan Islam.
Afnan berkata Pemuda PAS sentiasa mengambil berat tentang kebajikan penyokong bukan Islam.
Beliau juga menegaskan Pemuda PAS tidak pernah menjadikan agama Islam hak milik eksklusif penganutnya semata-mata.
Katanya, Pemuda PAS sentiasa berusaha memastikan usaha dakwah parti itu berterusan dan dalam masa sama berusaha mencapai cita-cita membentuk kerajaan yang diimpikan rakyat./hrkh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan