Ayer Keroh : Adun Bukit Baru, Dr Khalid Kassim hari ini meraikan kira-kira 30 anak yatim dan pelajar-pelajar dari golongan kurang berada dengan menghadiahkan pakaian sekolah secara percuma. Program tersebut bermula jam 10.00 pagi di salah sebuah Pasaraya Besar di sini.
Program ini antara program kebajikan Sekretariat Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bukit Baru yang diatur bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik di Dun Bukit Baru.
Pengerusinya, Yusof Wahab berkata Adun Bukit Baru dan Sekretariatnya sentiasa prihatin dengan nasih golongan kurang bernasib di Dun tersebut.
'Kita sentiasa berusaha untuk membantu rakyat khususnya golongan kurang bernasib baik di dalam Dun Bukit Baru walaupun tiada peruntukan dari kerajaan negeri utk Dun yang dimenangi PR'.
'Adun kita Dr Khalid sangat prihatin dengan masalah rakyat di kawasan beliau' ujar Yusof yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Bukit Katil.
Beliau berkata program kebajikan seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa.
Program meraikan anak yatim hari ini turut disertai oleh penjaga anak-anak yatim serta pimpinan PAS Cawangan di sekitar Dun Bukit Baru./FB PAS Kawasan Bukit Katil
Tiada ulasan:
Catat Ulasan