Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 29 Disember 2013

ANALOGI YANG CUKUP MUDAH UNTUK DIFAHAMI

Seorang bapa baru pulang dari membeli kereta porsche... 
 Anak : wau. Cantik kereta ayah. Mesti mahal ni.

Ayah : mesti lah. Mulai hari ini ayah terpaksa catu perbelanjaan kamu semua. 

Anak : eh kenapa pulak ayah. Saya baru je nak tanya kenapa semalam ayah kurangkan belanja sekolah saya, hari ni ayah nak kurangkan lagi? 

Ayah : memang la. Kamu kena jimat sikit berbelanja. Semalam kan ayah beli motor harley davidson. Ayah dah banyak hutang. Kamu kena berjimat sebab tu ayah kena kurangkan belanja sekolah kamu. 


Anak : ayah dah ada banyak motosikal dan kereta kenapa ayah beli lagi? Ayah yang berhutang dan berbelanja sesuka hati kenapa saya yang kena berjimat ayah? 

Ayah : dah dah dah kamu jangan cakap banyak sangat. Syukurlah ayah masih lagi bagi duit belanja. Lagipun akhir tahun nanti ayah bagi la bonus sikit. Kalau kamu tak suka, kamu boleh cari keluarga lain. Kami tengok jiran-jiran kita tu, anak-anaknya melarat.

 Anak : tapi ayah, tu sebab ayah diorang kerja biasa je tak berjawatan besar macam ayah. Diorang takde kebun besar macam ayah. So hasil pendapatan pun tak semewah ayah. Ayah banyak hasil tapi masih lagi banyak hutang. Sekarang ni ayah nak catu perbelanjaan saya pulak. 

Ayah : banyak cakap pula kamu ni. Dah dah dah ayah ada kerja ni.

 Anak : ayah nak pergi mana? 

Ayah : mak kamu nak pakai duit sikit nak pergi hawaii katanya nak beli handbag. Ini demi kepentingan keluarga kita.

 Anak : ooo...

 Ayah: Kamu tanya banyak sangat ni....apasal? Kamu nak gulingkan ayah ker?

Tiada ulasan: