Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 30 Disember 2013

TAMBAH KERJA PENGUATKUASA AGAMA DI MELAKA

MELAKA - Kerajaan Melaka bercadang mewujudkan pos kawalan dan menempatkan seorang pegawai agama di premis perjudian di negeri itu sebagai usaha mengelak umat Islam terlibat dalam kegiatan perjudian. Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata pegawai agama bertaraf pegawai syarak itu akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan kesalahan. "Kita merancang meletakkan pegawai syarak secara 24 jam untuk mencegah umat Islam di negeri ini terlibat dalam perjudian.
"Tetapi kadang-kadang orang yang minat judi ini, dia akan menggunakan orang tengah...akhirnya ia berbalik kepada diri mereka sendiri," katanya menjawab soalan tambahan Md Rawi Mahmud (BN-Tanjung Bidara) mengenai premis perjudian berlesen yang dibuka di kawasan majoriti umat Islam pada persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka di sini, hari ini. Justeru, beliau berkata pihaknya akan menasihatkan pengendali premis perjudian terbabit untuk bekerjasama membina pos kawalan berkenaan. Terdahulu, menjawab soalan Goh Leong San (DAP-Duyong) berhubung kegiatan perjudian mesin kuda di Melaka, Idris berkata pada tahun ini, pihak berkuasa sudah melakukan 86 serbuan ke atas premis yang dikenal pasti menjalankan aktiviti haram berkenaan. 

 "Daripada jumlah itu, sebanyak 382 mesin dirampas membabitkan tangkapan 53 orang Melayu, Cina (27), India (6) dan Kadazan (2)," katanya. Dalam pada itu, kerajaan negeri Melaka tidak menolak kemungkinan untuk memberikan kuasa lebih besar kepada Pihak Berkuasa Tempatan bagi membanteras kegiatan perjudian. Idris berkata ia merangkumi sistem mengurus dan mentadbir kelulusan penggunaan premis perniagaan supaya tidak disalahgunakan pemilik bagi kegiatan tidak bermoral. - Bernama

Tiada ulasan: