SHAH ALAM 14 DIS: Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap akhbar The Heat, dilihat sebagai cubaan menutup isu pemborosan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata perbuatan itu jelas melanggar kebebasan media dan hak bersuara seperti ditegaskan dalam perlembagaan.
“Ini satu perkara yang amat dikesalkan. Najib bercakap tentang ketelusan integriti, KPI dan sebagainya, tapi apabila dia dan isterinya dikritik di akhbar, ada pula tindakan dari KDN.
“Dalam era media sosial sekarang, ini adalah satu langkah tidak bijak, sedangkan rakyat masih boleh mendapat maklumat dari sumber internet,” kata Muhammad Nur dipetik Keadilan Daily. Beliau mengulas tindakan KDN memberi surat tunjuk sebab kepada akhbar mingguan The Heat kerana menyiarkan laporan perbelanjaan melampau Najib dan Rosmah, baru -baru ini. “Tindakan KDN melanggar kebebasan media, dan tak sesuai dengan negara maju. Keadaan ini berbeza dengan negara-negara lain seperti Indonesia yang lebih ke depan dalam kebebasan akhbar,” “Di Indonesia rakyat bebas mengkritik pemerintah di kaca tv atau di dada akhbar, dan keadaan ini jauh berbeza dengan Malaysia,” ujar Muhammad Nur./SELANGORKINI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan