Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 17 Disember 2013

HARGA BARANG AKAN MELAMBUNG DISEBABKAN TOL

PETALING JAYA 16 DIS: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menaikan kadar tol tahun depan akan meningkatkan harga barang dan kos sara hidup rakyat, kata ahli parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli. “Kenaikan kadar tol adalah kenaikan kos pengangkutan bagi sesebuah syarikat. Bagi meminimumkan kos, mereka (syarikat) akan menaikkan harga barang.Rafizi “Kos sara hidup rakyat selepas ini akan meningkat kerana terpaksa mengeluarkan wang lebih untuk perbelanjaan,” kata Rafizi kepada Keadilandaily.
14 Disember lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengumumkan kadar tol akan dinaikkan pada 2014 atas alasan kerajaan telah membayar RM400 juta kepada 13 syarikat lebuh raya di sejak 2011 “Sebenarnya, kenaikan tol, minyak, tarif elektrik dan beberapa pengumuman lain melibatkan kenaikan harga sudah dirancang Najib melalui Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan menteri bertanggungjawab Datuk Seri Idris Jala sejak 2009. “Namun ditangguh kerana pilihan raya umum (PRU) ke-13. “Tidak hairan baru beberapa bulan selepas BN menang, kenaikan terus diumum menjelang tahun 2014 yang saya sifatkan sebelum ini sebagai Tahun Barang Naik,” katanya.

Tiada ulasan: