Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 3 Disember 2013

Dah Keluar Nak Masuk Balik Ke ?

SHAH ALAM – Pendakwah popular, Mohammad Kazim Elias mengesahkan sudah keluar daripada Pas, tetapi masih meninggalkan tanda tanya mengenai isu pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno. Beliau menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan Parlimen semalam dan menyerahkan kepada Presiden Umno itu untuk mengumumkan kedudukannya berkaitan isu pelantikan itu. Pertemuan selama sejam itu turut melibatkan perbincangan mengenai syarat tugas berkaitan dakwah yang beliau jalankan selama ini. Mohammad Kazim, ketika ditemui media selepas pertemuan itu, enggan mengulas panjang. Katanya beliau menyerahkan kepada Najib untuk memilih masa yang sesuai bagi membuat pengumuman mengenai kedudukannya dalam isu pelantikan tersebut. Beliau, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, juga mengumumkan keluar secara rasmi daripada Pas. Beliau menyifatkan sikap keterbukaan Najib mengundangnya menganggotai MT Umno itu sebagai bukti bahawa perdana menteri serius untuk membawa transformasi dan meluaskan peranan pendakwah dalam parti itu.

Tiada ulasan: