Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 5 Disember 2013

PADAH CURI SET ALQURAN DIGITAL

AYER KEROH - Akibat mencuri puluhan set al-Quran digital sebuah syarikat, seorang bapa beranak tiga dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Tertuduh, Muhammad Syazwan Rahmat, 27, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh. Berdasakan pertuduhan, Muhammad Syazwan didapati mencuri harta milik syarikat Lambang Mega Enterprise Sdn Bhd iaitu 48 set al-Quran digital di Jalan TU51 A Taman Tasik Utama, Ayer Keroh pada Mac 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Mengikut fakta kes, ketika pengadu sedang menyemak stok pada 15 Jun 2012 kemudian mendapati sebanyak 345 set Produk al-Iman telah hilang. Pengadu membuat laporan polis selepas bertanya kepada tertuduh yang mengaku mengambil 48 set sahaja dan tidak mengetahui selebihnya. Terdahulu, Syazwan dalam rayuannya memohon mahkamah memberikan hukuman ringan ke atasnya yang perlu menanggung tiga anak dan isteri yang tidak bekerja. Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika mengendalikan kes meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap turtuduh yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau./Sinar 

Tiada ulasan: