Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 10 Disember 2013

HARGA BARANG : KENAIKAN YANG MEMBEBANKAN RAKYAT

BANDARAYA MELAKA - Dewan Pemuda Pas Melaka membantah kadar kenaikan baharu lesen perniagaan yang diputuskan oleh kerajaan negeri, baru-baru ini. Sambil merasakan ia amat membebankan rakyat, Ketua Dewan Pemuda Pas negeri, Jauhar Md Dawi berkata, kadar kenaikan di antara 35 hingga 100 peratus itu sungguh tidak wajar. “Tinjauan kami di beberapa premis sekitar Jalan Hang Tuah mendapati kenaikan bayaran lesen perniagaan di antara 35 sehingga 100 peratus membangkitkan keluhan dan kekecewaan warga peniaga.
“Ia sudah pasti memberikan tekanan kepada peniaga yang bukan sahaja terbeban dengan kenaikan harga barang secara mendadak,” katanya selepas melakukan tinjauan itu di sini, semalam. Beliau berkata, kenaikan tersebut sebagai tidak munasabah bahkan akan memberi kesan terhadap masyarakat. “Dewan Pemuda Pas negeri mengingatkan kepada kerajaan negeri supaya melaksanakan amanah dan mandat daripada rakyat dengan baik serta dapat memberikan maslahat kepada rakyat. “Jika perkara ini tidak diendahkan, Dewan Pemuda akan meneruskan usaha-usaha pembongkaran ketirisan dan penindasan kerajaan negeri terhadap rakyat. “Ingatlah pemimpin adalah khadam kepada rakyat, laksanakanlah amanah ini dengan sempurna dan dapat membawa kebaikan bersama,” katanya./Sinar 

Tiada ulasan: