KULIM, KEDAH 9 DIS: Menyedari sokongan semakin merosot, Datuk Seri Najib Tun Razak, terpaksa menipu rakyat dengan menyamakan perjuangan Umno dengan mendiang Nelson Mandela yang menentang apartheid.
“Mandela menentang penindasan terhadap rakyat. Tetapi Umno tidak menentang penindasan,” kata Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam ceramah di Kota Kenari, Kulim, semalam.
Surendran
“Nelson Mandela tidak memboroskan wang rakyat, membiarkan keluarga menggunakan jet kerajaan atau menyalahgunakan harta kerajaan untuk kepentingan kroni,” kata ahli parlimen Padang Serai itu.
Tambahnya, Presiden Umno itu sepatutnya merasa malu dengan dakwaan yang menyamakan perjuangan mereka dengan Nelson Mandela yang terbukti menggalakkan penindasan dan kezaliman khususnya yang tidak sehaluan dengan mereka.
Pada 7 Disember lalu, Najib dalam perhimpunan Umno berkata, parti itu sama seperti yang diperjuangkan Kongres Nasional Afrika (ANC) yang diterajui Mandela.
“Pimpinan Umno jangan cuba alihkan kelemahan mereka mentadbir negara dengan penipuan bagi mengaburi mata rakyat,” kata Surendran/keadilandaily.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan