Followers

Cari Blog Ini

Khamis, 5 Disember 2013

Menjama'kan Dua Solat Ketika Hujan


Riwayat: Bukhari dan Muslim

Hadith: 
Daripada Ibn Abbas R. Anhuma: Maksudnya: "Nabi SA W mengerjakan solat di Madinah sebanyak 7 dan 8 rakaat, iaitu solat Zuhur dengan solat Asar dan solat Maghrib dengan solat Isya'. Muslim menambah: Bukan ketika takut dan bukan ketika bermusafir. Sementara dalam riwayat al-Bukhari pula: Seorang periwayat hadith bernama Ayyub berkata: Mungkinkah ketika itu malam hujan lebat? Jawabnya: Mungkin juga. Dalam riwayat Muslim lagi: Ibn Abbas berkata: Baginda tidak mahu menyusahkan sesiapapun di kalangan umatnya.' 

Huraian Hadith: 
Harus menghimpunkan dua solat secara jama' taqdim ketika hujan. Walau bagaimanapun tidak harus menjama'kan kedua-dua solat tersebut dalam waktu yang kedua. Ini kerana kemungkinan hujan akan berhenti, dan menyebabkan solat terkeluar daripada waktunya tanpa halangan. 

Syarat-syarat jama' ini ialah: 
Solat tersebut dilakukan secara berjemaah di masjid yang jauh pada anggapan umum dan terdapat kesulitan bagi seseorang ke sana di sebabkan hujan. 

Hujan berterusan pada permulaan kedua-dua solat dan ketika salam solat yang pertama.

Tiada ulasan: