Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 8 Disember 2013

Muzakarah : Isu Lapuk Diguna Semula

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melihat kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkenaan pelawaan bermuzakarah antara UMNO dengan PAS sebagai idea lapuk yang dikitar semula. Ketua Penerangannya,Riduan Mohd Nor berkata, Umno tidak pernah ikhlas mahu mengadakan muzakarah dan sudah bertahun idea ini dilontarkan namun tidak pernah Umno serius menyahutnya setiap kali cadangan ini dibuat. “Pelawaan muzakarah dengan Umno adalah tindakan terdesak bagi menyelamatkan jangka hayat mereka yang sudah tinggal beberapa bulan sahaja lagi. “Mereka menganggap muzakarah akan memberikan kekuatan politik dan boleh memenangkan mereka sehingga menyebabkan keresahan di kalangan pemimpin, ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat,” kata Riduan dalam kenyataan medianya. 


 Tambah Riduan, Pemuda PAS merasa kesal kerana dalam keadaan terdesak begini barulah Umno mahu mengadakan muzakarah dengan PAS sedangkan selama ini PAS yang paling kuat difitnah dan dikutuk. “PAS dan pemimpin tertingginya dituduh sesat, jumud, tidak bertamadun, konservatif, memecahbelahkan masyarakat, menyalahgunakan Islam demi kepentingan politik, serta tuduhan yang maha berat terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ? Mursyidul Am PAS sebagai ?bapa kafir?,” katanya. Beliau menegaskan , bahawa pucuk pimpinan PAS bersedia mengadakan muzakarah dengan pemimpin Umno untuk kepentingan agama Islam, bangsa Melayu dan negara. PAS sedia atas platform apa pun sama ada muzakarah, dialog, debat, forum dan lain-lain dan bersedia di mana-mana pentas sekalipun. “Yang hanya PAS inginkan adalah muzakarah tersebut diadakan secara terbuka supaya rakyat dapat menilai dan melihat isi muzakarah tersebut. “Pemuda PAS mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan Rakyat berdebat dengan Perdana Menteri dalam pelbagai isu,” ujarnya./Selangorkini

Tiada ulasan: