Dewan Pemuda Pas Malaysia (DPPM) mengumpulkan RM40,300 duit kutipan hasil sumbangan masyarakat prihatin terhadap musibah banjir yang berlaku di Pahang, Terengganu dan Johor.
Ketuanya, Suhaizan Kaiat, berkata hasil sumbangan orang ramai itu terus meningkat setiap hari membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia membantu mangs abanjir berkenaan.
Beliau berkata, anggota Jabatan AMAL dari seluruh negara juga akan berkampung di sana untuk melakukan kerja pembersihan, pada 8 Disember ini.
Katanya, pasukan amal seramai 30 orang tempatan berganding bahu membantu menyelamatkan mangsa ke pusat pemindahan banjir yang berdekatan, selain misi mengagihkan bantuan 24 jam melalui sumbangan orang ramai di pusat pemindahan dan rumah yang tidak terjejas.
Suhaizan berkata, pihak DPMM ketika ini, memohon masyarakat sama ada individu, badan bukan kerajaan, persatuan atau parti politik turut sama membantu menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan dan kesukaran yang dialami mangsa banjir.
DPPM juga masih menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk disalurkan kepada keluarga yang terbabit melalui Tabung Kemanusiaan Pemuda melalui akaun Maybank: 564025400100 atau hubungi Yusapiza Ya’acob di talian 017-2692944./Selangorkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan