KUALA LUMPUR 167 DIS: Tindakan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membenarkan Petronas memeterai perjanjian RM15.8 bilion di Kanada walaupun berisiko menimbulkan persoalan, kata ahli parlimen Pandan Mohd Rafizi Ramli.
“Petronas memeterai perjanjian pelaburan terbesarnya apabila memuktamadkan pembelian Progress Energy Corporation berjumlah RM15.8 bilion pada akhir 2012 bertujuan menguasai rezab gas asli dari batuan di kawasan British Columbia.
“Dalam tempoh setahun, nilai pelaburan BHP susut hampir separuh dari nilai pelaburan asal,” kata bekas pegawai Petronas itu.
Sehubungan itu, beliau menuntut Najib segera tampil menjelaskannya bagi kerana ia melibatkan wang rakyat.
“Wajarlah Perdana Menteri melapor secepat mungkin kedudukan sebenar pelaburan RM15.8 bilion itu.
“Adakah Petronas terpaksa melupus nilai pelaburannya seperti dialami syarikat lain kerana harga gas asli di Amerika Utara kekal rendah pada harga US$3.37 setiap mmbtu.
“Berbanding sebelumnya US$7 ke US$12 setiap MMBTU pada tahun 2008 hingga 2010,” kata Rafizi./Keadilandaily.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan