Followers

Cari Blog Ini

Selasa, 17 Disember 2013

Cerita Lebuhraya Makan Duit

PETALING JAYA 16 DIS: Kadar tol di negara ini sepatutnya diturunkan ekoran syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda, kata ahli parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli. “Sebahagian besar syarikat konsesi juga mendapat banntuan kewangan kerajaan semasa pembinaan termasuk subsidi pengambilan tanah dan pembiayaan mudah melalui Bank Pembangunan. “Contohnya, Lebuhraya Maju Expressway dibina hampir sepenuhnya mengguna geran kewangan kerajaan RM976.7 juta hingga membolehkan pemegang konsesi membuat pinjaman kecil sahaja untuk menyiapkannya. “Syarikat konsesi sudah mengaut untung berkali ganda. Sepatutnya umum penurunan kadar tol dan bukan umum kenaikan,” kata Rafizi pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini. 


Rafizi turut menempelak kenyataan Wahid konon kenaikan kadar tol sukar dielak dengan alasan ia terkandung dalam perjanjian dengan syarikat konsesi. “Alasan ini dangkal kerana hakikatnya sebahagian besar pemegang konsesi lebuhraya utama negara seperti Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Prolintas dan Gamuda dikuasai anak syarikat milik kerajaan persekutuan. “PLUS dikuasai Khazanah dan Kumpulan wang Simpanan Pekerja (KWSP), Prolintas ialah anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) iaitu agensi amanah milik kerajaan,” kata Rafizi.

Katanya kerajaan adalah pemegang terbesar dalam Gamuda melalui KWSP, Tabung haji, Unit Amanah Saham dan lain-lain yang membentuk 22.59 peratus kepentingan dalam syarikat konsesi lebuhraya itu. Plus mengendali Lebuhraya Utara Selatan, NKVE, Elite, Linkedua, Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. Manakala Prolintas mengendali Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur, Kemuning Shah Alam dan bakal membina Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Klang dan Damansara-Shah Alam. Sementara Gamuda ialah pengendali Lebuhraya Damansara Puchong, Kesas dan Sprint.

Tiada ulasan: