Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 8 Disember 2013

Tuduhan Syiah, Zahid hukum tanpa bicara – Fahmi Fadzil

Kenyataan Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan agar tindakan diambil terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kerana mengamalkan Syiah umpama ‘menjatuhkan hukuman tanpa perbicaraan bebas dan adil’. Fahmi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, kenyataan itu bertentangan dengan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menawarkan rekonsilisasi selepas pilihan raya umum lalu. “Kenyataan Ahmad Zahid amat tidak produktif, berbahaya, dan bagai cuba menggagalkan rekonsiliasi yang diusahakan Najib Razak,”


 “Ahmad Zahid perlu menarik balik kenyataan beliau ini,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada Keadilan Daily. Portal media hari ini melaporkan kenyataan Naib Presiden Umno itu yang memberikan kuasa kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menahan Mohamad Sabu kerana didakwa mengamalkan fahaman Syiah. Ahmad Zahid dalam ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkata, pihaknya mengetahui pemimpin nombor dua Pas itu mengamalkan ajaran tersebut. Bagaimanapun, dalam reaksi awalnya, Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu, berkata beliau akan berbincang dengan peguamnya mengenai dakwaan Ahmad Zahid. “Saya tak dengar sendiri apa dia kata jadi kena bincang dengan peguam dulu,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.

Tiada ulasan: