JASIN - Jika semalam Sinar Harian melaporkan seorang 'guru' di Kelantan yang berjaya menjinakkan kira-kira 10,000 beruk sejak 20 tahun lalu, tetapi lain pula kisahnya di sini.
Masih dengan cerita binatang sama, penduduk di beberapa kawasan di Dun Serkam, terutamanya di sekitar Serkam, Pulai dan Tedong, hidup dalam kebimbangan ekoran kemunculan hampir setiap hari, sejak lima tahun lalu, keluarga macaca (macaque) atau nama umumnya monyet ini.
“Saya tinggal sendirian dan hampir setiap hari saya memastikan pintu di belakang serta tingkap rumah sentiasa ditutup supaya tidak dicerobohi.
“Pernah juadah tengahari saya habis dimakan kerana lupa menutup pintu. Malah, monyet ini gemar membuang najis merata-rata dan saya terpaksa membersihkannya," katanya.
Sementara itu, Setiausaha Japerun Serkam, Mohd Sah Hashim berkata, habitat haiwan berkenaan dimusnahkan untuk membangunkan Pusat Penetasan Benih Ikan dan juga kolam ikan dan udang menyebabkan haiwan tersebut keluar mencari makanan di kawasan kampung berhampiran.
“Setakat ini kita tidak dapat berbuat apa-apa kerana penggunaan senjata api pasukan Rela Jasin ditahan dalam tempoh sebulan sementara menunggu anggota Rela mendapatkan lesen A.
"Kita juga sudah ajukan perkara ini kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, namun kita dimaklumkan mereka kekurangan anggota untuk menangani masalah ini," katanya./Sinar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan