Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 6 Januari 2014

Laporan Polis Isu Fatwa Sesat Mufti Harunsani Zakaria : Syabas PAS Seremban

SEREMBAN: Isu bughah yang dicetuskan oleh Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terus dikecam apabila PAS Seremban hari ini membuat laporan polis ke atas beliau. PAS Seremban menyifatkan kenyataan itu sebagai satu hasutan membunuh. Laporan polis di buat di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Seremban. Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman berkata merujuk kepada kenyataan Harussani di dalam akhbar Berita Harian pada 02 Januari iaitu ‘Kerajaan usah berlembut’ dan kemudiannya kenyataan beliau di dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 05 Januari iaitu ‘Saya tetap dengan kenyataan’ merupakan satu kenyataan yang menggugat keselamatan awam. “Kenyataan Harussani dalam Berita Harian pada 02 Januari iaitu ‘…dihalalkan darah golongan bughah’ adalah satu hasutan membunuh. 


“Beliau yang berjawatan Mufti Negeri Perak boleh menyebabkan masyarakat menyalah tafsir dengan menyatakan kenyataan tersebut adalah fatwa. Ianya juga boleh memberi kesan negatif kepada rakyat negara ini untuk melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah serta ketegangan orang ramai. “Sedangkan tidak ada didalam mana-mana peruntukkan undang-undang boleh mengambil nyawa seseorang seperti itu. “Tambahan pula, perhimpunan TURUN tersebut adalah perhimpunan aman dan mana-mana perhimpunan aman adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan. 

“Justeru itu saya memohon satu siasatan terperinci dapat dilakukan oleh pihak polis demi kepentingan awam, kata MK Ibrahim. MK Ibrahim yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan berkata golongan yang dilabelkan sebagai bughah adalah golongan penderhaka yang mengistiharkan perang ke atas Yang DiPertuan Agong atau mengistiharkan perang ke atas negara Malaysia contohnya. “Yang tak puas hati dengan kerajaan adalah perkara biasa yang berlaku di mana-mana negara. Kita protes kerana bantah kenaikan harga barang, elektrik, minyak dan sebagainya. Tak kan lah kita tak boleh nyatakan rasa tidak puas hati kita pada kerajaan dengan cara aman? Turut hadir Timbalan Yang DiPertua PAS Seremban, Zakaria Sheikh Othman dan Ketua Pemuda PAS Seremban, Abu Zarin Abdul Rahman.

Tiada ulasan: