Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 8 Januari 2014

KEGAGALAN BN : RAKYAT JADI MANGSA

Ustaz Idris Ahmad 

Rakyat Malaysia bernasib malang memiliki pemimpin negara yang tidak berwibawa, sehingga gagal mencegah penyeludupan, menjadi sebab kerajaan mengenakan GST. Inilah alasan pak pandir yang dikeluarkan oleh pemimpin BN. 

Sebelumnya kerajaan menaikkan harga gula kerana mengelak rakyat mengidap penyakit kencing manis. Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan bermula 1 April 2015, mampu menyumbang pertambahan 0.3 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan eksport sebanyak 0.5 peratus pada 2015/2016. Kerajaan menjangkakan negara akan mengumpul pendapatan bersih hasil GST sebanyak RM3.7 bilion pada 2015 dan RM9.09 bilion pada 2016.


 Jika dinisbahkan dengan ketirisan dan salah laku ketika berbelanja hampir RM10 bilion setiap tahun seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara, pertambahan itu tidak bermakna. Menurut Ahmad, negara membangun seperti Malaysia mempunyai kadar peratusan wang gelap atau aktiviti pengelakan cukai, yang tinggi iaitu sekitar 30 peratus daripada keseluruhan KDNK, berbanding negara maju sekitar 10 hingga 15 peratus. Ertinya akibat kelemahan kerajaan mengawal penyeludupan wang haram dan mengelak cukai, rakyat pula dibebankan. Sebenarnya pemimpin BN sudah tepu otak mereka untuk menjana kewangan negara sehingga terpaksa dibebankan kepada rakyat dengan dikenakan GST. Sebenarnya kantung negara kosong kerana ketirisan, rasuah, penyeludupan, pengaliran wang haram.

 Ketika hasil Petronas melimpah ruah, kerajaan tidak beringat dan berbelanja dengan tidak berhemah. Jika kerajaan BN berwibawa dan bijak, tidak timbul masalah negara mengalami krisis kewangan. Cuba bayangkan ketika GST belum bermula, kehidupan rakyat di ambang tahun 2014 di dalam keadaan muram durja akibat kenaikan kos sara hidup. Tahun 2015 rakyat akan tercekik dengan bebanan GST. Pemimpin BN masih bermewah, tidak pula merasa bersalah dengan apa yang berlaku. Teguran pembangkang dibakul sampahkan sahaja./Hrkh 

penulis merupakan salah seorang AJK PAS Pusat

Tiada ulasan: