Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 1 Februari 2014

PRK KAJANG : PAS BANTU KEMPEN ?

PETALING JAYA 29 JAN: Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak memboikot pilihan raya kecil DUN N25 Kajang yang bakal ditandingi Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohamad mengulas kenyataan ahli parlimen Temerloh, Hasan Nasarudin dan sayap Pemuda PAS Selangor sebelum ini yang dikatakan akan memboikot PRK Kajang jika tiada penjelasan munasabah dari KEADILAN.
“Peribadi boleh memberikan pandangan. tetapi keputusan parti itu yang perlu diambil kira. “Pandangan peribadi biasalah. Siapa pun boleh beri pandangan peribadi,” kata Mohamad kepada pemberita pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini. Malah Mohamad yang lebih mesra dipanggil Mat Sabu berkata, beliau sendiri akan turun berkempen di Kajang dan hadir ke hari penamaan calon bagi memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. “Kita fokus kepada PRK Kajang. Mesyuarat bersama Pas negeri (Selangor) akan dibuat,” katanya./Keadilandaily

Tiada ulasan: