Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 23 Mac 2014

Cubaan Tumbuk DSAI

KAJANG 23 MAC : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba diserang sekumpulan pengundi BN sebaik sahaja beliau tiba di Sungai Sekamat. _MG_9084Menurut Pengarah Pilihanraya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata serangan tersebut cuba dilakukan sebaik sahaja Anwar turun daripada kereta dan berjalan menuju ke pusat pengundian Sungai Sekamat. 


“Kiri kanan ada penyokong BN, penyokong Pakatan pun ada, tapi tiba-tiba mereka datang kearah Datuk Seri Anwar dan cuba untuk memukul beliau, tapi keadaan itu sempat ditepis oleh Datuk Seri(Anwar) sendiri dan beberapa penyokong yang lain. “Mereka dilihat tidak menggunakan apa-apa objek semasa menyerang Datuk Seri, tapi tindakan mereka tu memang tidak ada sebab, datang menyerbu secara tiba-tiba.” katanya ketika dihubungi, hari ini. Namun selepas itu, keadaan masih lagi terkawal selepas pihak polis dan pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba bagi meleraikan pergaduhan di kawasan tersebut./Keadilandaily.com

Tiada ulasan: