Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 23 Mac 2014

Keputusan Tak Rasmi PRK Kajang

KAJANG: Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendahului pencabarnya bagi mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang.

PKR dijangka memenangi kerusi itu dengan sedikit penurunan majoriti berbanding  6,824 undi yang diperolehinya pada pilihan raya umum (PRU) Mei tahun lalu.
Sehingga jam 8.55 malam tadi, Dr Wan Azizah mendahului dengan 15,173 undi dengan calon BN mendapat 10,112 undi.
Sejumlah 6 peti undi belum dikira.
Proses penjumlahan undi sedang berjalan di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, dekat sini.
Keputusan rasmi bakal diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dun Kajang seawal jam 9 malam.


Seramai 72 peratus pengundi keluar mengundi pada PRK kali ini, kurang 8 peratus daripada sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Peratus keluar mengundi pada PRU lalu bagi Dun Kajang adalah  87 peratus.

Sementara itu, Pengarah komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengumumkan kemenangan PKR di dua kawasan majoriti Melayu - Sekamat dan Taman Delima, lapor Malaysiakini. PKR tewas di kedua-dua kwasan tersebut pada PRU lalu.

Tiada ulasan: