Kuala Lumpur: Pemuda PAS Malaysia melahirkan rasa simpati dan sedih ekoran daripada pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri semalam.
Data-data AAIB dan Inmarsat United Kingdom yang diperoleh dan dianalisis sukar untuk diungkapkan. Melihat kepada geografi terpencil Selatan Lautan Hindi dan iklim bergelora menunjukkan operasi SAR semakin merumitkan.
Namun begitu, kami tetap memberikan sokongan kepada semua pihak yang terlibat dalam meneruskan operasi ini.
Malah, kami berharap agar pihak Kementerian Pengangkutan dan MAS segera mengesahkan dan memaklumkan secara terperinci beberapa objek yang telah dikesan oleh Satelit Perancis dan pesawat SAR Australia di kawasan terbabit pada 23 dan 24 Mac lalu.
Kami turut mengucapkan takziah khususnya kepada Datuk Ahmad Jauhari Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAS dan seluruh waris mangsa pesawat MH370. Didoakan agar usaha-usaha yang dijalankan selepas ini dipermudahkan oleh Allah SWT.
Zaharudin Muhammad
Ketua Lajnah Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan