Kerajaan sudah membelanjakan RM365 juta untuk mempromosikan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) walaupun penguatkuasaannya bermula, pada 1 April 2015..
Kos itu membabitkan program penerangan kepada pelajar di sekolah dan institut Pengajian Tinggi (IPT) serta penduduk kampung.
Perbelanjaan yang dilakukan adalah RM98 juta bagi sistem perkomputeran GST yang siap dibangunkan Jabatan Kastam DiRaja Malaysia untuk tahun 2013/2014.
Selain itu, RM150 juta penyediaan perisian perakaunan bersubsidi kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) yang sedang dibangunkan Jabatan Kastam dengan kos RM125 juta untuk tahun 2014 dan RM25 juta untuk tahun 2015.
Geran latihan kepada peniaga yang diuruskan Kementerian Kewangan pula membabitkan kos RM100 juta, manakala RM17 juta dibelanjakan untuk program publisiti melalui media cetak dan elektronik.
Sehingga 28 Februari lalu, 4,967 program dijalankan dan dihadiri 271,288 orang.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, kerajaan menggunakan duit rakyat untuk membebankan mereka.
“Mereka tumpukan iklan bila laksana GST, kononnya banyak benda yang tidak dikenakan GST. Sebagai contoh, ubat ini bagus sebab kamu tidak perlu makan. Begitu juga dengan GST, ia bagus sebab tak perlu bayar lebih.
“Cara kempen mereka mengelirukan. Kita kena terima hakikat GST dilaksanakan kerana Kerajaan Pusat ingin mengutip pendapatan berjumah RM25 bilion setahun,” katanya dalam sidang media di Lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan