KAJANG, 23 MAC : Percaturan bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang bermula hari ini dengan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan calon Barisan Nasional (BN), Datin Paduka Chew Mei Fun.
Seramai 38,055 pengundi berdaftar bakal membuang undi hari ini setelah 1,197 pengundi awal menunaikan tanggungjawab mereka Rabu lalu.
Penamaan calon berlangsung pada 11 Mac lalu dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 hari sebagai tempoh berkempen.
Fokus PRK yang dipanggil ‘langkah Kajang’ ini dijadikan sebagai referendum oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk menentang ketidakadilan, kepincangan sistem kehakiman dan gerakan pelampau agama.
7.45 pagi : Kira-kira 100 penyokong daripada Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional mula berhimpun berhampiran kawasan masuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Kajang.
9.00 pagi : Penyokong mula bersorak melaungkan sokongan kepada parti masing-masing. Penyokong PR daripada pelbagai bangsa mula melaungkan “Hidup Rakyat” dan “Sokong Kak Wan”.
9.30 pagi : Wan Azizah tiba di pusat pengundian dan mula masuk ke kawasan sekolah untuk meninjau keadaan sekitar. Sekolah Kebangsaan Kajang mempunyai tiga saluran.
Wan Azizah yang juga Presiden PKR dalam reaksinya berkata sambutan yang diberikan yang diberikan rakyat terhadap beliau adalah memberangsangkan.
Katanya, rakyat menyambut mesra kehadiran beliau ke pusat pengundian sejak jam 8 pagi tadi dan memberikan sokongan padu kepadanya.
“Apabila mereka melihat saya, mereka bersorak memanggil saya kak Wan dan melemparkan senyuman. Saya rasa gembira.
“Kempen juga berjalan lancar tetapi saya tidak pasti sama ada sokongan akan memihak kepada saya atau pun tidak,” katanya.
10.10 pagi : Penyokong bersorak melaungkan sokongan kepada parti yang bertanding, masing-masing dari Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN).
Keadaan dilaporkan terkawal, malah laluan trafik untuk ke pusat pengundian juga tenang tanpa sebarang kekecohan atau kesesakan.
Penyokong kedua-dua parti berada pada kedudukan berbeza di mana PR berada di bahagian kiri sekolah manakala penyokong BN di bahagian kanan sekolah.
Orang ramai yang melalui jalan raya di hadapan sekolah menyembunyikan hon sebagai tanda sokongan.
10.30: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tiba di perkarangan sekolah untuk meninjau keadaan di pusat pengundian.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang turut meluangkan masa bertemu pengundi dan beramah mesra sambil bersalaman dan bergambar.
Abdul Khalid dalam reaksi ringkasnya berkata setakat ini keadaan di kebanyakan pusat mengundi adalah terkawal tanpa sebarang provokasi atau kekecohan dari kedua-dua penyokong parti.
Katanya meskipun tempoh kempen sudah pun tamat tepat pukul 12 malam tadi, namun beliau yakin kemenangan akan berpihak kepada calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
“Saya sangat puas hati tentang keadaan dan penyelenggaraan PRK Dun Kajang ini. Nampaknya keadaan tenteram walaupun ada kalanya penyokong bersuara tinggi untuk menarik perhatian pengundi.
“Saya yakin pengundi sangat matang dan tertib dan pada pandangan saya walaupun kita tidak boleh berkempen lagi, saya percaya Wan Azizah akan menang di Kajang,” katanya.
11.15 pagi: Calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Saujana Impian dengan diiringi kira-kira 10 buah motorsikal berkuasa tinggi.
11.17 pagi: Wan Azizah masuk ke pusat pembuangan undi dan meninjau keadaan sekeliling yang dilaporkan tenang.
11.20 pagi: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba dan meninjau keadaan sekitar.
Anwar turut meluangkan masa bertemu penyokong Pakatan Rakyat (PR) sambil bersalaman dan bergambar bersama.
Ada di kalangan penyokong yang turut meminta untuk ‘selfie’ bersama pemimpin tersohor itu.
Anwar dalam ucapan reaksi ringkasnya yakin peluang Wan Azizah untuk memenangi kerusi Dun Kajang adalah cerah berdasarkan sokongan yang diterima sejak hari pertama berkempen pada 11 Mac lalu.
Beliau turut mengharapkan lebih ramai orang akan keluar mengundi menjelang tengah hari sehingga waktu petang kerana setakat ini dilaporkan hanya 8,433 pengundi sudah membuang undi.
“Kita harap lebih ramai pengundi akan keluar nanti memberi sokongan kepada calon.
“Berdasarkan pemerhatian, saya yakin Wan Azizah boleh menang di sini,” katanya.
11.35 pagi: Keadaan sedikit kecoh berhampiran pusat pembuangan undi apabila penyokong Pakatan Rakyat (PR) berlawan sorak dengan penyokong Barisan Nasional (BN).
Penyokong BN melaungkan slogan dan dibalas dengan sindiran penyokong PR antaranya “guna teropong takn ak mengaku”, “buah kelapa” dan “dayung”.
Seramai 12,288 orang atau 32.29 peratus pengundi sudah mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang setakat jam 11 pagi ini, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu iaitu sebanyak 88.4 peratus pengundi keluar mengundi di kerusi DUN tersebut.
PRK Dun Kajang menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara Wan Azizah mewakili PKR menentang calon MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Sebanyak 16 pusat mengundi dibuka untuk membolehkan orang ramai membuang undi dan memilih wakil rakyat baru di kawasan mereka.
Pengiraan undi dari 18 daerah mengundi Kajang akan dilakukan di Stadium Majlis Perbandaran Kajang dengan keputusan dijangka diketahui secara berperingkat tidak lama selepas pengundian ditutup jam 5 petang ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan