Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 23 Mac 2014

Bilik Gerakan PKR diserang ‘molotov cocktail’

molotovKAJANG 22 MAC: Sehari sebelum menjelang hari pengundian, kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dicemari  dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab dengan membaling bom buatan sendiri, molotov cocktail terhadap Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Taman Berlian, Taman Kajang Baru.
Bagaimanapun molotov cocktail terbabit tidak menyebabkan kebakaran apabila botol kaca yang digunakan tidak pecah dipercayai selepas terjatuh pada permukaan yang tidak keras.

Kejadian serangan itu hanya disedari kira-kira jam 9.20 pagi oleh Ketua Bilik Gerakan terbabit, Nor Azlan Mohammad.

Ketua Jentera Daerah Mengundi Taman Kajang Baru, Dr Xavier Jayakumar berkata tindakan itu dianggap sebagai percubaan membakar bilik gerakan yang dilakukan selepas jam 3.00 pagi.
“Masa molotov cocktail itu dibaling, tiada sesiapa dalam Bilik Gerakan itu,” kata Dr Xavier pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PKR di Sungai Sekamat di sini, hari ini.
Dr Xavier berkata pihak PKR sudah membuat laporan polis di Balai Polis Kajang kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi./Selangorkini

Tiada ulasan: