Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 23 Mac 2014

PENDUDUK MINUM AIR MASIN

AYER KEROH - Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong mendakwa beliau menerima aduan daripada penduduk di beberapa kawasan negeri ini mengenai rasa air paip yang sedikit masin. Beliau berkata, keadaan itu dialami mereka sejak kira-kira seminggu lalu dan antara kawasan terlibat adalah di Bukit Beruang, Ayer Keroh Height, Taman Merdeka serta Telok Emas. “Kebanyakan mereka menyatakan rasa masin berkenaan jelas ketara setiap kali menggosok gigi dan ia tetap berasa agak masin sedikit biarpun air berkenaan sudah dimasak.
“Penduduk melahirkan kebimbangan sekiranya isi kandungan air berkenaan boleh mendatangkan kesan mudarat untuk jangka masa panjang," katanya ketika meninjau keadaan air paip di rumah salah seorang penduduk di Taman Ayer Keroh Height di sini, semalam. Sementara itu, Syarikat Bekalan Air Melaka Berhad (SAMB) ketika dihubungi menjelaskan rasa berkenaan berkemungkinan disebabkan sumber bekalan air yang diperoleh daripada Sungai Gerisik, Muar. Air berkenaan dikatakan bercampur dengan air laut dan rasanya tetap ada sedikit masin meskipun ia telah diproses. 

 Justeru, Poay Tiong berkata, pihaknya berharap SAMB dapat membuat penerangan kepada orang ramai mengenai situasi itu. “Kita mahu SAMB jelaskan kepada rakyat agar mereka tidak ragu-ragu untuk menggunakan bekalan air dan sekiranya ada tunjukkan mereka laporan ujian makmal tentang air yang dibekalkan itu benar-benar selamat. “Di samping itu, saya juga cadangkan kerajaan negeri menggunakan teknologi yang diamalkan Singapura. "Negara itu memproses air laut untuk digunakan jika berdepan krisis kekurangan air dan kita boleh mencontohinya dengan mengharapkan sumber air laut,” katanya./Sinar 

Tiada ulasan: