
Katanya, meskipun negara dibekalkan dengan radar tercanggih milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), misteri MH370 merungkai kini persoalan baru yang perlu dijawab Hishamuddin.“Apa sebenarnya jadi dengan radar itu, adakah radar itu ditutup? Kenapa radar itu tidak boleh mengesan pesawat kita?“Kalau Menteri Pertahanan tidak boleh jawab perkara itu, dia kena letak jawatan serta merta,” katanya ketika berucap pada Himpunan Reformasi 2.0 di Stadium Kajang malam tadi.
Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar pada pagi 8 Mac lalu sewaktu dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.Pada minggu pertama, misi mencari dan menyelamat sekadar tertumpu di perairan laut China Selatan namun pada hari kesembilan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pesawat berkenaan melintas Semenanjung Malaysia untuk ke Selat Melaka.“Pesawat melintasi empat negeri di Malaysia namun tidak dapat dikesan radar. Ini bahaya kerana kecuaian.
“Kapal terbang sudah ke lain, yang suruh pergi semua (misi mencari dan menyelamar) ke Laut China Selatan itu kenapa.“Dalam sejarah dasar luar China, tidak pernah mereka sebegini marah,” katanya merujuk kekecewaan Kerajaan China berhubung kegagalan Kerajaan Pusat berkongsi maklumat sehingga menyebabkan kelewatan misi pencarian MH370.MH370 yang dikemudi Kapten Zaharie Ahmad Syah membawa 227 penumpang dan 153 daripadanya merupakan warga China.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan