Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 24 Mac 2014

PRK Kajang: Pembangkang Selangor tewas 16,741 undi

BANGI, 23 MAC: Calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun tewas kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pilihanraya kecil DUN Kajang. Calon parti pembangkang Selangor itu hanya mendapat 11, 362 undi manakala Dr Wan Azizah berjaya meraih 16,741 undi dan menang dengan majoriti 5,379 undi. Chew Mei Fun sebelum ini turut tewas dalam PRU ke-12 ketika menentang Tony Pua di kawasan parlimen Petaling Jaya Utara. Kemenangan Dr Wan Azizah di Kajang bererti Dewan Undangan Negeri Selangor menambah seorang lagi wakil rakyat wanita, menjadikannya berjumlah 15 orang. Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh melalui laman sosial Twitternya berkata, Dr Wan Azizah akan mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang pada 7 April.


 Ketika dihubungi laman web Roketkini.com, Hannah yang juga ADUN DAP Subang Jaya memberitahu beliau sangat yakin bahawa DUN Selangor akan mendapat manfaat daripada pengalaman Wan Azizah yang pernah menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia. Meski dengan peratusan keluar mengundi sekadar 72%, KEADILAN berjaya mengekalkan kerusi DUN Kajang walaupun diserang bertubi-tubi. Sementara itu, Chew Mei Fun mengucapkan tahniah kepada Dr Wan Azizah atas kemenangan dalam pilihan raya kecil Kajang hari ini, lapor Malaysiakini. Beliau juga berharap presiden KEADILAN itu dapat melaksanakan tugas sebagai ADUN Kajang dengan penuh dedikasi dan menunaikan manifesto yang dikemukakan. Azizah mengambil alih sebagai calon PRK Kajang setelah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum lima tahun penjara oleh mahkamah berhubung Fitnah Liwat 2 yang menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding./Keadilandaily.com

Tiada ulasan: