Followers

Cari Blog Ini

Isnin, 24 Mac 2014

UNDI MELAYU BERTAMBAH, UMNO STRESS ??

BANGI - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini menegaskan bahawa penambahan undi kaum Melayu kepada calon PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam PRK Dun Kajang, akan membuatkan BN berada dalam keadaan tertekan dan goyah. Menurutnya, untuk rekod kemenangan Wan Azizah malam ini menyaksikan penambahan kerusi kaum Melayu dan muda di kawasan majoriti Melayu. "Kita menang di Sungai Sekamat kita menang di Taman Delima ini merupakan kawasan majoriti Melayu. "Sementara bila tengok saluran 4,5,6 di semua daerah mengundi kita menang berbanding PRU lepas secara umum saluran muda Melayu PR kita kalah, kita hanya menang di kerusi Cina dan India, berbanding PRK kali ini kita menang dengan bergaya.
"Sebab itulah saya kata Umno/BN tidak tidur malam ini, pening dibuatnya," katanya kepada Sinar Harian Online selepas pengumuman kemenangan Wan Azizah di Kompleks Sukan Bangi malam ini. Sementara disoal sama ada, kemenangan Wan Azizah tersebut mengambarkan potensi PR untuk ke Putrajaya, beliau menjelaskan kemenangan Wan Azizah tersebut tidak mencerminkan keputusan PRU akan datang. "Politik
bersifat dinamik, ianya bertukar tiap-tiap bulan ini orang politik kena faham. "Jadi saya tidak boleh cakaplah kerana, ianya akan berubah mengikut isu dan keadaan semasa," katanya. Keputusan SPR malam ini menyaksikan kerusi Dun Kajang terus kekal milik PKR setelah Wan Azizah menang PRK N25 menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi. Keputusan PRK Dun Kajang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Dun Kajang N25, Datuk Hassan Nawawi di Stadium Majlis Perbandaran Kajang , Bandar Baru Bangi pada jam 9.12 minit malam dengan Wan Azizah meraih undi sebanyak 16,741 manakala Mei Fun sekadar mendapat 11,362 undi. Kemenangan tersebut mengulangi keputusan pada PRU13 lalu apabila PKR menang dengan majoriti 6,824 undi.

Tiada ulasan: