Followers

Cari Blog Ini

Sabtu, 5 April 2014

PEMUDA PAS MELAKA PERTIKAI SEKATAN TAPEM

MELAKA - Dewan Pemuda Pas Melaka mempertikai tindakan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) yang dikatakan menyekat bantuan zakat untuk pelajar-pelajar aliran agama di Mesir. Ketua Pemuda Pas negeri, Jauhar Mohd Dawi berkata, daripada maklumat yang diterima, pelajar aliran agama di Mesir dikenakan syarat tertentu untuk mendapatkan wang zakat. Menurutnya, pelajar terbabit tidak wajar dikenakan syarat sedangkan mereka adalah asnaf yang layak.
“Antara aduan yang kami terima daripada ibu-bapa, anak-anak mereka perlu menandatangani surat pinjaman belajar terlebih dahulu baharulah zakat boleh di berikan kepada mereka. “Ini merupakan satu bentuk pencabulan dalam penerimaan zakat kepada asnaf. Mereka perlu tahu bahawa pelajar ini merupakan salah satu asnaf yang boleh menerima wang zakat bagi menampung keperluan pelajaran,” katanya. Jauhar berkata, syarat berkenaan diakui sendiri pegawai Tapem bertugas apabila menyatakan polisi tersebut di buat oleh Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dan mereka hanya melaksanakan tugas-tugas ditetapkan. 

 “Pemuda Pas berharap tiada syarat-syarat tambahan dalam pemberian wang zakat kepada pelajar ini demi meningkatkan kualiti ilmuwan anak negeri Melaka. “Jika perkara ini tidak di selesaikan segera Pemuda Pas risau akan ada berlaku isu lain dalam pengurusan pemberian zakat di Melaka,” katanya. Katanya, beliau percaya isu tersebut boleh diselesaikan jika ada sifat ingin membantu pelajar-pelajar yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi./Sinarharian

Tiada ulasan: