
Pencarian yang dilancarkan semalam adalah yang paling intensif di selatan Lautan Hindi, sebelum kotak hitam itu dipercayai akan ‘hilang’ isyarat akibat kehabisan bateri.
Sejumlah 10 pesawat tentera, tiga jet awam dan 11 kapal cuba meredah 217,000 kilometer persegi lautan sepi sejauh 1,700 kilometer di barat laut Perth berhampiran lokasi di mana penyiasat percaya pesawat itu berakhir bulan lalu.
“Jika kita tidak menemui apa-apa dalam masa enam minggu kami akan teruskan juga kerana ada banyak benda di dalam pesawat (tenggelam) yang akan terapung,” kata ketua agensi Australia yang menyelaraskan operasi, Angus Houston kepada pemberita.
Berpuluh penerbangan dilakukan oleh pasukan petugas multinasional dan setakat ini belum mendapat sebarang kesan daripada pesawat malang terbabit.
Pihak berkuasa Australia berkata alat Pengesan Pinger Ditunda (Towed Pinger Locator) akan ditarik di belakang kapal tentera laut HMAS Ocean Shield, bersama dengan kapal kajian hidrografi British HMS Echo.
REUTERS
Tiada ulasan:
Catat Ulasan