Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 6 April 2014

SUKAN PASTI KAWASAN JASIN MERIAH

Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kawasan Jasin telah berjaya menganjurkan Sukan PASTI Kawasan Jasin bertempat di Dataran Hamas, Kompleks PAS Kawasan Jasin. Temasya yang merupakan agenda tahunan PASTI Kawasan Jasin ini menjadi medan pertemuan yang menemukan tunas-tunas Islam bagi mengasah bakat yang terpendam khususnya yang bakal mewakili Kawasan Jasin ke Temasya Sukan PASTI Peringkat Negeri Melaka yang bakal diadakan tidak berapa lama lagi. 



 Sebanyak 8 buah PASTI telah menyertai temasya sukan pada hari ini. Majlis Perasmian penutupan telah disempurnakan oleh yang dipertua PAS Kawasan Jasin, Ustaz Kamaruddin Sedik.  


Antara kelainan yang dilaksanakan semasa temasya ini dilangsungkan ialah acara perbarisan yang merupakan acara yang julung kali diadakan. Acara ini menampilkan perbarisan kontingen PASTI beserta maskot masing-masing. 








Tiada ulasan: