Followers

Cari Blog Ini

Ahad, 6 April 2014

ISU MESIR : EROPAH BISING , UMNO SENYAP

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA) kesal dengan tindakan kerajaan Umno BN yang masih berdiam diri daripada menyatakan pendirian mengenai hukuman mati yang dijatuhkan kerajaan kudeta Mesir terhadap 529 anggota Ikhwanul Muslimin.

 Pengerusinya, Ahmad Kassim berkata, Umno sehingga kini masih membisu berhubung perkara itu bahkan usul untuk membahaskan perkara itu di parlimen ditolak oleh speaker dewan. Menurut Ahmad, Malaysia sebagai sebuah negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sepatutnya merasa malu kerana hingga kini tidak menyatakan sebarang pendirian. Ia katanya, berbeza dengan tindakan ahli-ahli parlimen Eropah yang tampil mengkritik tindakan regim kudeta Mesir dalam isu berkenaan.
“Umno tak keluarkan apa-apa kenyataan untuk mengkritik malah dalam Parlimen isu ini ditolak oleh Speaker. Kita negara OIC, negara Islam tapi takut untuk kritik, malu pada negara luar,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan. Pada Selasa lalu, Ahli-ahli parlimen Eropah tampil mengkritik tindakan regim kudeta Mesir yang menjatuhkan hukuman mati terhadap 529 rakyat sendiri yang majoritinya penyokong Presiden Mesir yang sah, Dr Muhammad Morsi.

 Kritikan itu dikemukakan secara berdepan kepada Menteri Luar Mesir Nabil Fahmy ketika beliau hadir berucap kepada Suruhanjaya Hubungan Antarabangsa Parlimen Eropah, di sini pada Selasa. Menurut Ahmad Kassim, berbanding Malaysia yang dianggap sebagai negara Islam, negara-negara Eropah dilihat lebih terbuka menyatakan pendirian mereka dan mempertahankan hak asasi manusia yang berlaku di Mesir. “Umno harus mempertahankan agama Islam dan undang-undang yang betul dan bukan tunduk dan diam diri seperti ini,” tegasnya lagi/Keadilandaily.com

Tiada ulasan: