GAZA: Kementerian Kesihatan Palestin semalam mengumumkan angka korban akibat serangan tentera rejim Zionis Israel ke atas Gaza yang masuk hari ke-16 semalam kini meningkat kepada 636 orang.
"Sekurang-kurangnya 636 terbunuh dan 4040 yang lain cedera dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza semalam," kata jurucakap kementerian Ashraf al-Qodra.
Beliau memaklumkan dari jumlah itu, sebahagiannya iaitu sekurang-kurangnya 162 orang adalah kanak-kanak dan 78 lagi wanita.
Tentera Zionis Israel memulakan serangan ke atas Gaza sejak 7 Julai lalu meliputi serangan udara dan laut, manakala pada Khamis serangan darat secara besar-besaran dimulakan.
Sayap kanan Hamas, Briged Izzuddin Al-Qassam turut membuat serangan balas sebagai mempertahankan tanah Gaza.
Pihak tentera rejim Israel sehingga kini mengumumkan lebih 30 askar mereka telah terkorban sejak serangan dimulakan.
Menurut perangkaan rasmi Israel, 30 Israel - termasuk dua orang awam - telah sejak terbunuh sejak pertempuran bermula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan