
Israel juga dikatakan mensasarkan beberapa lagi wartawan tempatan dalam usaha menyekat penyebaran maklumat kekejaman mereka kepada dunia.
Wartawan Mahmoud Al-Louh dan jurukamera Kareem Tartouri turut menjadi sasaran Israel apabila mereka diserang semalam.
Mahmoud dan Kareem yang berkerja dengan stesen radio Al-Ashab dilaporkan cedera.
"Wartawan mesti dibenarkan untuk melaporkan apa yang berlaku dan tidak disasarkan oleh tentera untuk kerja-kerja mereka.
"Kami menyeru Israel untuk menghormati hak-hak dan kebebasan media Palestin, " kata Presiden Persekutuan Wartawan Antarabangsa Jim Boumelha.
Selain itu, agensi berita antarabangsa CNN turut dilaporkan memanggil balik wartawan mereka, Diana Magnay ekoran tindakan beliau mengutuk Israel.
Beliau membuat kenyataan itu di Twitter ekoran melihat penduduk Israel bersorak melihat pembunuhan beramai-ramai ke atas warga Palesti oleh tentera rejim
Tiada ulasan:
Catat Ulasan