Followers

Cari Blog Ini

Rabu, 9 Julai 2014

NGO GESA AKTA ORANG PAPA DIMANSUHKAN

PETALING JAYA -Kerajaan hari ini digesa untuk memansuhkan Akta Orang-orang Papa 1977 ke atas warga miskin kota yang mendiami bandaraya Kuala Lumpur. Bercakap dalam sebuah sidang pada hari ini, salah seorang dari Pengasas Dapur Jalanan, Hishamuddin Rais menyifatkan polisi dan undang-undang tersebut digubal hanya untuk menindas dan menambah kesusahan golongan tersebut. "Isu ini baru sahaja mendapat perhatian media dan orang ramai, namun secara hakikatnya golongan ini sudah lama ditindas melalui undang-undang dan polisi yang digubal atas alasan ingin menyelamatkan mereka.
"Akta Orang-orang Papa 1977 telah digunakan untuk menahan warga miskin kota tanpa bicara. Di bawah Akta ini, kerjaaan diberi kuasa untuk menahan dan menangkap warga miskin kota dalam pusat pemulihan secara paksa, mereka tidak mempunyai hak perwakilan undang-undang dan tidak diberi peluang membantah perintah Mahkamah Majistret yang membenarkan kerajaan menahan mereka selama 30 hari, " katanya kepada pemberita hari ini. Dalam pada itu, pihaknya turut menyifatkan Ops Kasih terhadap golongan warga miskin kota yang baru dilancarkan kerajaan tidak ada bezanya dengan operasi lain yang dilancarkan kerajaan sebelum ini. 

 Menurutnya, kewujudan operasi berkenaan menunjukkan seolah-olah kerajaan cuba menyembunyikan kepincangan pentadbiran dan sistem pentadbiran kerajaan dalam menangani isu ini. "Warga miskin kota sepatutnya diberi pilihan dan tindakan susulan yang sesuai bagi mereka yang dirasakan perlu," katanya lagi. Sehubungan dengan itu, pihaknya menyeru kerajaan supaya menyediakan satu sistem sokongan dan kebajikan khas sebagai langkah penambahbaikan untuk golongan tersebut.

Tiada ulasan: