Hari ini tanggal 8 Julai 2014 genap setahun berlakunya "Pembunuhan Solat Subuh" di hadapan Bangunan Pengawal Republik, Kaherah.
Tragedi berdarah yang kejam itu berlaku sekitar jam 4.45 pagi waktu tempatan tatkala ribuan penyokong Presiden Mohammad Morsi menunaikan solat Subuh di kawasan lapang hadapan Bangunan Pengawal Republik, iaitu salah sebuah unit di dalam Majlis Tentera yang bertugas sebagai mengawal keselamatan Presiden negara.
Sejak bermula rampasan kuasa 3 Julai 2013,
kehilangan Presiden Morsi menjadi tanda tanya rakyat di mana tentera menyembunyikan Presiden mereka. Antara maklumat yang mereka perolehi iaitu Morsi disembunyikan di bangunan tersebut. Maka hadapan Bangunan Pengawal Republik dijadikan lokasi baru tempat himpunan mereka selain dataran Rabiah dan Nahdhah.
Ketika mereka sedang menunaikan solat Subuh pagi 8 Julai 2013, mereka dikejutkan dengan serangan pasukan polis yang melepaskan gas pemedih mata dan peluru hidup di saat mereka sedang tersungkur sujud menyembah Allah yang mengorbankan 61 orang dan 435 yang lain cedera, demikian mengikut angka rasmi Kementerian Kesihatan. Daripada mangsa korban itu, 8 orang merupakan muslimat dan 4 adalah kanak-kanak.
Walau bagaimanapun isu ini 'berjaya' memperbodohkan penyokong kudeta yang dimainkan oleh media-media jahat kudeta dengan menyebarkan kenyataan rasmi Majlis Tentera "yang terpaksa bertindak menggunakan kekerasan kerana terdapat kumpulan pengganas (terrorist) yang cuba menceroboh bangunan milik tentera itu".
Semoga ALLAH merahmati sekalian para syuhada'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan