Oleh Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman
Jaga dirimu, apa saja boleh berlaku sekarang.
Itulah pesanan terakhir Ali Seyam, 23, rakan karib saya yang syahid dalam serangan tentera zionis di Shijaiyyah tiga hari lalu.
Berita kematian pemimpin pelajar Universiti Islam Gaza (UIG) yang juga pelajar tahun ke-3 itu hanya saya tahu semalam selepas dimaklumkan rakan lain.
Ketika mendengar berita kematiannya, saya terdiam seketika sebelum tersenyum selepas terbayangkan Ali kini berada disamping Sang Pencipta yang juga impian saya untuk syahid sepertinya.
Imbau kembali kenangan ketika bersamanya minggu lalu di kawasan Shijaiyyah, kami berdua berbincang mengenai sumbangan bekalan makanan untuk sukarelawan ambulans.
Untuk makluman, Ali menjadi sukarelawan ambulans sejak hari pertama tercetusnya perang. Ali dan rakannya yang lain akan berkejar ke lokasi yang diserang untuk mengambil penduduk yang cedera mahupun yang maut untuk dibawa ke hospital berhampiran.
Dalam pertemuan itu, Ali menyatakan pendapatnya bahawa alangkah baiknya jika saya mampu sediakan mereka (sukarelawan ambulans) sedikit makanan untuk berbuka.
Saya akui sukar untuk menolak cadangan daripada Ali yang sememangnya saya dan seluruh kampus UIG segani. Ali adalah seorang pendiam namun petah berhujah apabila tiba masanya. Tambah lagi, dia banyak membantu pelajar baru termasuk saya menjadikannya disenangi semua pihak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan