Followers

Cari Blog Ini

Jumaat, 25 Julai 2014

PLUS CADANG PENGGUNA RANCANG PERJALANAN BALIK KAMPUNG

Kuala Lumpur: Syarikat konsesi lebuh raya PLUS Malaysia Bhd (PLUS) menasihatkan pengguna Lebuhraya PLUS agar mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan pengendali lebuh raya berkenaan bagi mengelak kesesakan teruk menjelang cuti perayaan dan cuti sekolah. Pengurus Wilayah Tengah PLUS, Norbayati Manap berkata pengguna dinasihatkan menggunakan jadual itu bermula 25 hingga 27 Julai serta 1 hingga 3 Ogos seperti yang ditetapkan oleh PLUS. "Pengguna yang menuju ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Johor disaran agar memasuki Lebuhraya PLUS sebelum jam 10 pagi. "Mereka yang menuju ke destinasi antaranya Perak, Melaka, Negeri Sembilan pula disaran supaya bertolak antara jam 10 pagi hingga 5 petang bagi melancarkan perjalanan," katanya ketika ditemui di Tol Sg. Besi.
Jadual TTA adalah cadangan perjalanan berperingkat mengikut masa dan destinasi tertentu dari Lembah Klang ke negeri dan bandar utama di Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Norbayati berkata, jadual itu dikeluarkan bagi mengagihkan trafik dan mengurangkan kesesakan di laluan utama lebuh raya, plaza tol dan kawasan rehat pada waktu puncak. "Jadual ini memainkan peranan penting dalam membantu 1.7 juta kenderaan yang dijangka menggunakan lebuh raya PLUS setiap hari menjelang cuti Aidilfitri tahun ini. "Jumlah itu adalah peningkatan sebanyak 50 peratus berbanding 1.2 juta kenderaan sehari pada hari biasa," katanya. Katanya, pihaknya turut membuka lorong tambahan keempat termasuk perjalanan menuju ke Utara dari Slim River ke Sungkai iaitu sepanjang 4 kilometer (KM) manakala dari Lembah Klang menuju ke arah Seremban laluan lorong dibuka sepanjang 26 KM. "Laluan itu bertjuan membantu pengguna menggunakan lebuh raya dengan lancar dan selesa," katanya. Katanya, bagi mengelak kejadian tidak diingini, PLUS menyarankan pengguna memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan. "Mereka turut dinasihatkan mematuhi panduan keselamatan sempena musim perayaan antaranya, tidak berhenti di lorong kecemasan kecuali berlaku kecemasan, berhenti rehat setiap dua jam di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sekiranya mengantuk, Jangan mengekori kenderaan di hadapan dengan terlalu rapat dan Patuhi had laju yang ditetapkan," katanya.

Tiada ulasan: